KUALA LUMPUR: Prestasi Bursa Malaysia dijangka terus menurun selagi Belanjawan 2021 tidak diluluskan Parlimen. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Adam Mohamed Rahim berkata, kemungkinan Belanjawan 2021 tidak diluluskan akan menyebabkan ketidaktentuan dalam penetapan dasar-dasar untuk negara yang melibatkan pelbagai perkara meliputi infrastruktur dan juga inisiatif meringankan beban rakyat. “Ia akan berpanjangan sehingga Parlimen membuat persidangan untuk meluluskan belanjawan atau tidak esok. “Jika tidak lulus, kita boleh jangka prestasi Indeks Penanda Aras Utama KLCI akan terus menurun,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Indeks penanda aras KLCI ditutup pada paras 1,578.39…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya