KDNK 2020 diunjur menguncup lebih tinggi - Utusan Malaysia

KDNK 2020 diunjur menguncup lebih tinggi

EKONOMI negara dijangka terus alami pertumbuhan pada tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat penyelidikan Fitch Solutions menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menguncup pada kadar lebih tinggi iaitu lima peratus berbanding 4.5 peratus sebelum ini.

Menurut Fitch Solutions, ramalan kedudukan baharu itu disebabkan risiko negara menghadapi pemulihan ekonomi akibat gelombang ketiga penularan pandemik Covid-19.

Namun begitu, Fitch Solutions turut menyemak semula anggaran KDNK negara bagi tahun hadapan dengan pertumbuhan positif lebih tinggi pada kadar 11.5 peratus daripada 6.3 peratus disumbangkan asas rendah 2020 terutama dalam suku kedua.

“Permintaan domestik tahun ini dijangka kekal suram dan mengheret pemulihan yang kemungkinan disebabkan faktor luaran menerusi peningkatan eksport ke negara-negara yang sedang pulih seperti China di samping pengurangan kadar import disebabkan permintaan lemah.

“Gelombang ketiga jangkitan Covid-19 telah menimbulkan ancaman serius terhadap pemulihan berterusan di Malaysia dengan purata kes baharu harian bagi 15 hari pertama November sekitar 1,020 orang, lebih dua kali ganda tinggi daripada tempoh sama pada bulan Oktober iaitu 427 purata kes,” katanya dalam kenyataan.

Fitch Solutions berkata, penggunaan swasta yang pada kebiasaannya menjadi pemangkin utama pertumbuhan negara juga akan kekal melemah dalam beberapa suku kewangan akan datang.

Hal demikian kerana, menurut Fitch Solutions memandangkan ketidakpastian ekonomi yang kemungkinan akan berlanjutan.

“Pelaburan juga akan terus mendorong pertumbuhan keseluruhan dengan alasan yang sama. Perbelanjaan kerajaan mungkin akan memberi sokongan sederhana kepada pertumbuhan disebabkan kedudukan fiskal yang terhimpit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN