iQIYI: Maxis TV tawar akses percuma, data 10GB - Utusan Malaysia

iQIYI: Maxis TV tawar akses percuma, data 10GB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maxis TV menawarkan pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Prepaid dan Hotlink Postpaid akses VIP percuma dan data 10GB untuk strim drama, rancangan dan filem Asia yang popular di pelantar tersebut.

Maxis dalam kenyataan memaklumkan, tawaran itu terbuka kepada pelanggan Maxis yang bendaftar dengan iQIYI untuk pertama kali dan sah sehingga 20 November ini.

Untuk menawarkan perkhidmatan itu, Maxis bekerjasama dengan penyedia kandungan VOD berkualiti seperti iflix, Viu, Mubi, Netflix, YuppTV, iQIYI dan banyak lagi.

Ketua Pengguna Hotlink di Maxis, Navin Manian berkata, disebabkan permintaan tinggi bagi kandungan hiburan, Maxis memberikan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti kepada pelanggannya dengan kandungan dan cara yang mereka mahukan.

“Membawa iQIYI ke Maxis TV adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk terus memberi ganjaran kepada pelanggan bagi gaya hidup digital mereka yang semakin meningkat dan pengalaman yang tidak dapat ditandingi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maxis TV juga menawarkan kandungan video premium daripada filem hingga rancangan televisyen yang berpatutan dan fleksibel kepada semua lapisan masyarakat.

Platform berkenaan mudah diakses melalui aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid, yang membolehkan pelanggan memilih untuk menonton apa sahaja dengan cara yang diinginkan.

Manian berkata, pelanggan boleh mendapatkan pas VOD bermula daripada RM3 sehari yang digabungkan dengan data dan merangkumi pilihan kandungan kegemaran semua antaranya Hollywood, Korea, India, Cina, Indonesia dan kandungan Melayu tempatan popular.

“Pembelian pas Maxis TV VOD adalah sangat mudah iaitu caj akan dikenakan ke atas bil Maxis atau kredit Hotlink.

“Maxis TV juga menawarkan pas VOD yang fleksibel dengan data percuma untuk streaming pada harga berpatutan iaitu langganan pas sehari RM3 percuma data 3GB, manakala pas tujuh hari pada harga RM7 percuma data 5GB, dan pas 30 hari daripada harga RM9.99 dengan percuma data 10GB,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN