Honda CR-V baharu tampil lebih bergaya - Utusan Malaysia

Honda CR-V baharu tampil lebih bergaya

HONDA Malaysia sasar jualan CR-V 700 unit sebulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia terus mengekalkan kedudukannya dalam pasaran automotif tempatan menerusi pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu CR-V baharu.

Menurut Honda Malaysia, sebagai kenderaan pertama yang merupakan model pemasangan tempatan (CKD) pada tahun 2003, CR-V sentiasa menerima sambutan hangat pelanggan sekali gus menjadi penanda aras dalam segmen SUV selepas berjaya menjual lebih 104,000 unit setakat bulan lalu.

Bagi model baharu CR-V itu, Honda Malaysia berkata, seba­nyak 600 unit telah ditempah pelanggan dalam tempoh hanya satu bulan selepas pelancaran.

Honda Malaysia memberitahu, CR-V baharu hadir dalam tiga varian iaitu 1.5L TC-P 4WD; 1.5L TC-P 2WD dan 2.0L 2WD bakal dijual masing-masing pada harga RM162,910.18; RM157,615.91 dan RM139,912.53 selepas pelepasan cukai jualan.

“CR-V baharu ini juga bakal hadir dengan lima pilihan warna menarik iaitu Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic dan pilihan baharu iaitu Platinum White Pearl.

“Dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 700 unit, Honda Malaysia percaya CR-V baharu akan menjadi model SUV ke­gemaran rakyat Malaysia apatah lagi ia sesuai bagi pelanggan yang mahukan SUV yang sesuai untuk mengembara dan pemanduan terbaik,” katanya dalam kenya­taan.

Dilengkapkan dengan rupa lebih segar menerusi reka bentuk moden dan tegap, bahagian luaran CR-V baharu diletakkan gril hitam baharu ditambah de­ngan lampu LED keluaran Honda dan bampar hadapan krom baharu.

Bahagian belakang pula dinaiktaraf dengan lebih maskulin menerusi krom gelap, lampu bawah dan beberapa lagi ciri baharu di samping tayar bersaiz 18 inci dua tona dengan reka bentuk baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN