Harga MSM tertinggi dalam 8 tahun - Utusan Malaysia

Harga MSM tertinggi dalam 8 tahun

Malaysia akan meneliti semula keseluruhan maklum balas EU dalam konsultasi dengan kesatuan itu GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak kepada RM3,429.50 satu tan pada sesi dagangan awal Jumaat lalu, iaitu paras tertinggi sejak Mei 2012.

Harga komoditi itu bagaimanapun ditutup sedikit rendah kepada RM3,424.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, komoditi itu mencatatkan harga melebihi RM3,200 satu tan sepanjang minggu lalu

“Harga sawit tertinggi Sejak Mei 2012. Alhamdulillah,” katanya melalui status laman sosial Facebook semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, permintaan tinggi daripada pembeli termasuklah India dan China antara faktor harga MSM terus menunjukkan tren peningkatan ketara melebihi paras RM3,000 satu tan.

Katanya, permintaan MSM dari China juga dijangka terus meningkat menjelang Festival Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Festival) dan Minggu Keemasan (Golden Week) bermula bulan lalu.

Selain itu, katanya, pengukuhan harga minyak kacang soya (SBO) di US Chicago Board of Trade (CBOT) dan di China’s Dalian Commodity Exchange menyokong kenaikan harga MSM.

Katanya, harga MSM juga dipengaruhi oleh pergerakan harga minyak kacang soya kerana kedua-duanya bersaing di dalam pasaran minyak sayuran global.

Katanya lagi, peningkatan harga itu bukan sahaja menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, malah ia turut memberi manfaat kepada pekebun dan pemain industri sawit di Malaysia di mana rakyat sedang bergelut dengan sumber kewangan akibat pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya