Ganjaran tunai hingga RM240,000 di Petron - Utusan Malaysia

Ganjaran tunai hingga RM240,000 di Petron

Pelanggan Petron berpeluang menikmati ganjaran pulangan tunai apabila mengisi minyak di stesen syarikat itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelanggan Petron dan Watsons berpeluang menikmati ganjaran pulangan tunai bernilai RM80,000 hingga RM240,000 di aplikasi Boost mulai 1 November hingga 31 Disember 2020 manakala bagi pulangan tunai sebelum 14 Januari 2021.

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat pulangan tunai maksimum empat kali daripada Petron dan Watsons apabila menggunakan e-dompet ­Boost.

Petron Malaysia dalam kenyataan berkata, pelanggan harus membelanjakan minimum RM30 dalam satu pembelian menggunakan Boost di Watsons untuk mendapatkan pulangan tunai sebanyak RM3 bagi pembelian bahan bakar di Petron.

“Pulangan tunai ini akan dikreditkan ke dalam akaun Boost pelanggan dan boleh digunakan dengan jumlah pembelian minimum RM30 untuk pembelian yang seterusnya.

“Petron menerima pembayaran melalui kesemua aplikasi e-dompet di Malaysia termasuk Boost yang boleh digunakan untuk membeli bahan bakar atau barangan harian di kedai stesen kami,” katanya.

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, kerjasama dengan Boost dan Watsons adalah untuk memberi penghargaan kepada pelanggan dengan menawarkan ganjaran yang lebih apabila mereka mengisi mi­nyak di Petron.

“Dengan menawarkan perkhidmatan e-dompet di stesen kami, ia dapat memenuhi keperluan pelanggan yang gemar mengamalkan gaya hidup digital yang semakin berkembang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya