Gaji pekerja Singapura diunjur naik 3% 2021 - Utusan Malaysia

Gaji pekerja Singapura diunjur naik 3% 2021

Golongan pekerja di Singapura dijangka menikmati kenaikan gaji lebih tinggi pada tahun hadapan berikutan pemulihan ekonomi negara itu dan global. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Antara tertinggi di dunia, inflasi lebih rendah

SINGAPURA: Gaji pekerja di Singapura diunjurkan melonjak sebanyak tiga peratus pada 2021 daripada 2.5 peratus tahun ini.

Bagaimanapun, disebabkan jangkaan inflasi sebanyak 0.3 peratus, pekerja di Singapura akan menyaksikan purata gaji meningkat 2.7 peratus, berbanding 2.9 peratus tahun ini tetapi masih antara gaji tertinggi di dunia.

Pengarah Rantau Asia ECA International, Lee Quane berkata, Singapura dijangka di kedudukan ketiga dunia bagi peningkatan gaji benar sama dengan Thailand dan Colombia, manakala kedua tertinggi di rantau Asia Pasifik berkongsi kedudukan dengan Thailand walaupun unjuran peningkatan 2021 itu adalah lebih rendah.

Katanya, negara itu juga menyaksikan kadar inflasi yang rendah dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila mengalami deflasi sebanyak -0.4 peratus pada 2019 dengan inflasi 2021 dijangka hanya 0.3 peratus.

“Hasilnya akan menyaksikan peningkatan gaji benar lebih tinggi bagi pekerja di Singapura berbanding negara lain di Asia Pasifik dengan kadar inflasi tinggi seperti Hong Kong.

“Peningkatan gaji yang dijangka berlaku tahun hadapan didorong oleh lebih sedikit syarikat melaksanakan pembekuan gaji iaitu hanya 22 peratus berbanding 36 peratus tahun ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam kenyataan yang sama, ECA International turut menyatakan semua negara di Asia Pasifik mencatatkan pertumbuhan gaji perlahan pada 2020 dengan peningkatan purata gaji sebanyak 3.2 peratus.

Walau bagaimanapun, kebanyakan syarikat menjangkakan pemulihan tahun hadapan dengan purata peningkatan gaji di rantau itu diunjur melonjak sebanyak 4.3 peratus.

Menurut Quane, purata gaji benar pula dianggarkan meningkat merentasi Asia Pasifik sebanyak 1.7 peratus iaitu lonjakan signifikan berbanding purata global 0.5 peratus.

Beliau berkata, kadar inflasi purata rantau itu berada pada kadar 2.4 peratus, tidak jauh daripada kadar global.

“Pemangkin utama peningkatan gaji benar lebih tinggi di Asia Pasifik adalah disebabkan lonjakan produktiviti di kebanyakan negara Asia sekali gus meningkatkan kadar gaji pekerja,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya