Eslite spectrum di The Starhill - Utusan Malaysia

Eslite spectrum di The Starhill

The Starhill menjanjikan pengalaman membeli-belah yang berbeza kepada pengunjung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedatangan Eslite spectrum yang merupakan sebahagian daripada eslite Group bakal memeriahkan The Starhill pada 2022 dengan membawa kedai buku 24 jam di tengah-tengah ibu negara.

Kedai buku yang pada mulanya diwujudkan di Taiwan dan digelar kedai buku terbaik di Asia, akan berada di dalam gedung seluas 70,191 kaki persegi dengan memenuhi ruangan di aras satu pusat beli-belah berkenaan.

Bukan sekadar kedai buku, The Starhill juga bakal dipenuhi dengan restoran, kedai kopi dan jenama gaya hidup yang terkemuka.
Menurut Naib Presiden YTL Land & Development Bhd., Joseph Yeoh, kehadiran eslite spectrum sebagai penyewa utama membantu mereka mewujudkan sebuah perpustakaan gaya hidup di lokasi tumpuan orang ramai.

Katanya, eslite spectrum merupakan penggiat yang berpengalaman dalam sektor peruncitan dengan sentiasa mencipta penanda aras baharu dan menawarkan pelbagai konsep serta pengalaman peruncitan kreatif.

Antaranya, menerapkan unsur budaya kreatif di antara Malaysia dan Taiwan yang bakal ada di The Starhill.

“Aspirasi mereka menepati cita rasa The Starhill dalam mewujudkan destinasi sosial premium terulung di Kuala Lumpur. Pembukaannya akan melengkapi keunikan The Starhill dalam mewujudkan pengalaman membeli-belah yang berbeza,” jelasnya pada majlis menandatangani perjanjian penyewaan bersama Pengerusi Eslite Group, Mercy Wu.

Sementara itu, Wu berkata, menerusi gedung itu, pihaknya berharap untuk menggalakkan pertukaran dan interaksi melibatkan penerbitan, kandungan kebudayaan dan kreatif di rantau ini.

“Kami tidak sabar untuk memulakan `perjalanan’ ini di Kuala Lumpur,” katanya.

Gedung beli-belah tersebut bakal dibuka pada awal 2021 manakala bahagian eslite spectrum dijangka siap sepenuhnya pada 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya