Ekonomi negara berkembang sehingga lapan peratus tahun depan

Ekonomi negara berkembang sehingga lapan peratus tahun depan

MUSTAPA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 5.5 peratus sehingga lapan peratus pada tahun depan selepas berlaku penyusutan kesan daripada penularan Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jangkaan itu berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi yang mencatatkan prestasi lebih baik dalam tempoh Julai hingga September.

Katanya, antara petunjuk kepada peningkatan tersebut termasuklah nilai eksport Malaysia yang naik 13.6 peratus dan nilai jualan dagangan borong serta runcit yang naik 2.5 peratus.

“Petunjuk lain termasuk jualan kereta penumpang yang naik lapan peratus dan pasaran buruh yang kekal 4.7 peratus.

“Bagaimanapun, prestasi tersebut dijangka terjejas berikutan peningkatan Covid-19 gelombang ketiga sehingga menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya ketika menjawab soalan yang yang dikemukakan Datuk Mohd. Fasiah (Sabah Bernam-Bersatu) ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, ekonomi negara menguncup antara 5.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.

“Kita jangka ia menguncup lebih besar. Namun dengan bantuan untuk rakyat sebahagian seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), kita mahu memastikan rakyat ada makanan atas meja dan tiada siapa tersisih.

“Langkah-langkah juga sedang diambil untuk sektor tidak formal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya