CTRM menang Anugerah ACES 2020 - Utusan Malaysia

CTRM menang Anugerah ACES 2020

Shamsuddin Mohamed Yusof (barisan depan, empat dari kiri) dan pasukan kelestarian CTRM bersama anugerah dimenangi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat pembuat komponen komposit pesawat Malaysia, Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) memenangi dua kategori dalam Anugerah Kecemerlangan dan Kelestarian Korporat Asia (ACES) 2020.

Dua kategori tersebut adalah Inisiatif Hijau dan Kepimpinan.

Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof berkata, selain memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan keuntungan syarikat, CTRM turut berpegang kepada kepercayaan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan operasi perniagaan dengan cara yang mampan.

“Beberapa tahun lalu, kami telah melancarkan inisiatif les­tari yang tertumpu kepada program-program mesar alam dan kecekapan berkaitan penggunaan tenaga, pengurusan sisa pepejal, keselamatan dan kesihatan serta tenaga mahir.

“Kami telah melakukan pelaburan yang tinggi untuk menjayakan inisiatif ini yang kami percaya amat penting bagi memastikan kesinambungan perjalanan syarikat sambil turut memainkan peranan dalam pemeliharaan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan di sini.

Anugerah ACES mengiktiraf tokoh kepimpinan yang memberikan inspirasi serta mereka yang menjadi penggerak kepada aktiviti kelestarian merentasi pelbagai industri di seluruh Asia.

Anugerah yang kali pertama dianjurkan pada 2014 itu diadakan secara maya tahun ini dise­babkan pandemik Covid-19.

Anugerah itu tahun ini berjaya memikat 420 pencalonan dan 150 finalis dari Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Taiwan, Laos, Myan­mar, Kemboja, Bangladesh, Vietnam, Sri Lanka, Maldives, Arab Saudi, Jerman dan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, CTRM yang merupakan anak syarikat DRB-HICOM Berhad telah menjalankan beberapa projek lestari termasuk Kempen Mesra Alam, program 3R, pengurusan sisa pepejal, sistem pengurusan bangunan dan e-perolehan.

Ini termasuk dua inisiatif penjimatan tenaga menerusi projek pemasangan tenaga solar fotovoltaik 2MWp di atas bumbung dan pertukaran penggunaan gas cecair kepada gas asli yang dilancarkan tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN