Cagamas terbit CCP, ICP RM545 juta - Utusan Malaysia

Cagamas terbit CCP, ICP RM545 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan gadai janji negara, Cagamas Berhad mengumumkan penerbitan dua kertas komersial jangka pendek dengan nilai keseluruhan RM545 juta.

Menurut Cagamas, kertas komersial itu merangkumi kertas komersial konvensional (CCP) selama tiga bulan bernilai RM300 juta dan kertas komersial Islam berjumlah RM245 juta juga selama tiga bulan.

Cagamas memberitahu, hasil penerbitan tersebut akan digunakan untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan dan pembiayaan kediaman daripada sistem kewangan.

“Penerbitan transaksi ini adalah yang ke-19 tahun ini sekali gus membawa jumlah setakat ini sebanyak RM7.32 bilion.

“Kertas-kertas tersebut yang akan ditebus pada nilai nominal penuh setelah matang adalah tanggungjawab yang tidak dijamin syarikat, pada kedudukan pari passu dan dengan semua tanggungjawab tidak dijamin sedia ada.

“Ia akan diperdagang dan disenaraikan di bawah Sistem Perdagangan Sekuriti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong memberitahu, pemain pasaran global tetap berwaspada selepas berita mengenai penemuan vaksin ‘dicemari’ peningkatan semula jangkitan Covid-19.

“Kedudukan ekonomi negara yang makin meningkat apabila menguncup 2.7 peratus dalam suku ketiga dan jangkaan baik akan datang juga akan terus menjadi pemacu positif menarik aliran masuk asing dalam pasaran modal tempatan.

“Syarikat juga berjaya meletakkan harga terbitan CCP dan ICP pada tahap 21 mata asas hingga 24 mata asas melebihi terbitan Sekuriti Kerajaan/Pelaburan Kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya