ByteDance diberi lanjutan 7 hari lagi - Utusan Malaysia

ByteDance diberi lanjutan 7 hari lagi

BYTEDANCE INDIA dilarang mengeluarkan dana dari akaun bank yang terkait dengan nombor pengenalan cukainya. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Ame­rika Syarikat (AS) di bawah Presiden Trump memberi lanjutan baharu selama tujuh hari untuk ByteDance menyelesaikan penjualan aplikasi TikTok.

Menurut makluman kepada mahkamah, tarikh akhir penjualan itu yang terbaharu adalah pada 4 Disember.

Sebelum ini, pentadbiran AS telah memberikan ByteDance lanjutan 15 hari untuk perintah jualan yang dikeluarkan pada Ogos dan ia sepatutnya berakhir Jumaat ini.

Di bawah tekanan kerajaan AS, ByteDance sudah beberapa bulan berbincang dengan Walmart Inc. dan Oracle Corp. untuk memuktamadkan perjanjian bagi menukarkan aset TikTok di AS sebagai entiti baharu.

TikTok bagaimanapun menolak untuk memberikan komen lebih daripada makluman yang dikeluarkan.

ByteDance telah memberikan cadangan baharu untuk memenuhi permintaan kerajaan AS, menurut sumber yang ditaklimatkan tentang perkara itu, namun beliau menolak untuk memperincikan cadangan tersebut.

Seorang wakil Perbendaharaan AS berkata, lanjutan tujuh hari diberikan untuk menyemak cadangan baharu yang diterima.

ByteDance memberikan cadangan tersebut selepas mendedahkan pada 10 November lalu, mereka telah menghantar empat cadangan awal termasuk satu pada November yang bertujuan mengatasi kebimbangan AS dengan “membentuk entiti baharu yang dimiliki sepenuhnya oleh Oracle, Walmart dan pelabur AS sedia dalam ByteDance yang akan bertanggungjawab mengendali data pengguna AS dan moderasi kandungan”.

Larangan berasingan terhadap TikTok daripada Jabatan Perdagangan AS telah disekat oleh Mahkamah Persekutuan, termasuk kekangan transaksi yang menurut TikTok, boleh menyekat penggunaan aplikasi itu di AS.

Sekatan oleh Jabatan Perdagangan terhadap Apple Inc. dan Alphabet Inc. milik Google yang menawarkan muat turun TikTok untuk pengguna baharu AS yang sepatutnya bermula pada 27 September juga telah dihalang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya