Boustead Plantations catat untung lebih tinggi - Utusan Malaysia

Boustead Plantations catat untung lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Berhad menyaksikan keuntungan bersih melebihi 150 peratus dalam suku ketiga 2020 apabila merekodkan RM17.97 juta berbanding kerugian besar RM34.31 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Perolehan syarikat perladangan tersebut turut melonjak 47.72 peratus bagi tempoh tiga bulan antara Julai hingga September 2020 berjumlah RM205.68 juta berbanding RM139.24 juta tempoh sama 2019.

Menurut Boustead Plantations, prestasi baik dalam suku ketiga 2020 itu turut disusuli keuntungan selepas cukai bernilai RM16 juta berbanding kerugian RM37 juta dalam suku sama tahun lalu.

Boustead Plantations berkata, keputusan itu didorong oleh peningkatan harga jualan produk sawit lebih tinggi yang telah menyumbang keuntungan daripada operasi berjumlah RM40 juta.

“Bagi prestasi baki tahun ini, harga minyak sawit mentah, pengeluaran tanaman dan program transformasi berterusan syarikat akan kekal menjadi pemacu utama.

“Harga minyak sawit mentah dijangka kekal disokong oleh permintaan tinggi minyak sawit dari China, India, Eropah dan Pakistan dengan permintaan kukuh global dan pengeluaran rendah turut mempengaruhi inventori minyak sawit negara,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Boustead Plantations, cuaca juga bakal menjadi faktor utama kepada harga minyak sawit mentah dan minyak sayuran lain sebahagian besar disebabkan fenomena La Nina.

Katanya, jangkaan harga tanaman menunjukkan penurunan bagi kacang soya, biji bunga matahari dan biji minyak lain telah mencetuskan pembelian tinggi minyak sawit mentah ke tahap RM3,000.

“Namun begitu, lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini berpotensi mempengaruhi permintaan global terutama daripada sektor hotel, restoran dan katering.

“Walaupun terdapat beberapa gangguan dalam inisiatif peningkatkan produktiviti disebabkan sekatan semasa pandemik, program transformasi Boustead Plantations kekal berjalan dan berada di landasan tepat bagi memastikan pertumbuhan lestari jangka panjang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya