Belanja RM1 juta dalam 10 minit - Utusan Malaysia

Belanja RM1 juta dalam 10 minit

IAN HO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Beli Matebook D 15 di Jualan Hebat 11.11 Shopee

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berbelanja kira-kira RM1 juta dalam tempoh 10 minit pertama Jualan Hebat 11.11 Shopee, untuk mendapatkan Matebook D 15 jenama Huawei.

Jumlah transaksi terbesar yang dibelanjakan oleh seorang pembeli ialah RM70,000 dalam tempoh lapan jam pertama jualan hebat itu berlangsung, kelmarin.

Menurut Shopee, sepanjang festival jualan hebat itu berlangsung, sebanyak 200 juta barangan berjaya dijual sekali gus mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital negara.

Katanya, permintaan yang tinggi di bandar-bandar utama menyaksikan sebanyak 650,000 barangan berjaya dijual di Selangor dalam masa satu jam pada waktu puncak.

Tambahnya, festival jualan itu mendapat sokongan padu daripada pengguna dan perniagaan di setiap tujuh pasarannya yang menyaksikan momentum jualan kukuh sepanjang hari, seterusnya meningkatkan perniagaan di rantau ini, di samping membawa ke­seronokan kepada pengguna.

Shopee memberitahu, penjual yang mengambil bahagian dalam Jualan Hebat 11.11 turut merekodkan peningkatan pesanan sebanyak 10 kali ganda berbanding hari biasa.

Katanya, pengguna bukan sahaja membeli-belah tetapi juga bermain dan menjalin interaksi sepanjang tempoh Jualan Hebat 11.11 dengan lebih daripada 20 juta jam penstriman langsung ditonton di Shopee Live, manakala permainan dalam aplikasi Shopee dimainkan lebih 2.5 bilion kali.

Pengarah Urusan Serantau Sho­pee, Ian Ho berkata, kejayaan itu men­­cerminkan pertumbuhan e-dagang yang berterusan di rantau ini dengan peluang luas yang ditawarkan kepada perniagaan dan pembeli.

“Acara mem­beli-belah se­perti Jualan Hebat 11.11 membolehkan kami mencabar batas inovasi, memperkenalkan ciri dan inisiatif baharu untuk memperkasa dan menjadi pemboleh kepada jenama, peruncit dan penjual ketika mereka merancakkan usaha ke arah pemulihan dalam keada­an ekonomi semasa,” katanya dalam kenya­taan semalam.

Di Malaysia, aktiviti membeli-belah melonjak semasa Jualan Hebat 11.11 dengan orang ramai beralih ke Shopee untuk mendapatkan tawaran terbaik daripada jenama dan penjual kegemaran mereka sambil menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah melalui ekosistem Shopee.

Barangan kelengkapan rumah dan kediaman, produk elektronik, barangan runcit dan barangan haiwan peliharaan merupakan produk paling popular sepanjang jualan itu berlangsung.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya