Angkara Covid, Guitar Center fail tuntutan muflis - Utusan Malaysia

Angkara Covid, Guitar Center fail tuntutan muflis

Guitar Center mula berope­rasi sebagai kedai menjual alat muzik organ pada 1959. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Peruncit perala­tan muzik terbesar Amerika Syarikat (AS), Guitar Center Inc. memfailkan tuntutan muflis di bawah ‘Chapter 11’, kelmarin.

Ia berikutan peru­­bahan corak pembelian peminat muzik yang lebih ke arah pembelian dalam talian disebabkan pandemik Covid-19.

Syarikat itu te­lah melakukan run­dingan untuk mendapatkan pembiayaan pemilikan penghutang (DIP) bernilai AS$375 juta (RM1.5 bilion) daripada pemberi pinjam sedia ada.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menyatakan mereka berhasrat meraih AS$335 juta (RM1.4 bilion) dalam bentuk nota cagaran kanan melalui pembiayaan tersebut.

Awal bulan ini, syarikat itu mencapai perjanjian penstrukturan semula dengan pemegang saham utama yang melibatkan pengurangan hutang sehingga kira-kira AS$800 juta (RM3.3 bilion) dan pelaburan ekuiti baharu sehingga AS$165 juta (RM674.7 juta) untuk memodalkan semula perniagaannya.

Dalam maklumannya kepada mahkamah, syarikat itu memberitahu mereka mempunyai aset dan liabiliti antara AS$1 bilion (RM4.09 bilion) ke AS$10 bilion (RM40.89 bilion).

Syarikat itu yang memiliki hampir 300 unit kedai di seluruh AS berkata, operasi perniagaan­nya akan berjalan tanpa gangguan.

Ketika ini, Milbank LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undangnya; BRG sebagai penasihat penstrukturan semula dan Houlihan Lokey sebagai penasihat kewangan.

Guitar Center mula berope­rasi sebagai kedai menjual alat muzik organ pada 1959.

Syarikat itu memfailkan tuntutan muflis di bawah ‘Chapter 11’ daripada mahkamah bankrapsi AS di daerah timur
Virginia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN