Amaran salah guna tanda dagangan TNB - Utusan Malaysia

Amaran salah guna tanda dagangan TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan nama, logo dan tanda dagangannya dalam apa jua bentuk.

Menurut TNB, nama ‘Tenaga Nasional Berhad’ dan logonya adalah tanda dagangan berdaf­tar syarikat itu menurut Akta Cap Dagangan 2019.

“Oleh itu, sebarang penggunaan tanda dagangan oleh orang ramai perlu mendapatkan persetujuan bertulis daripada TNB.

“TNB berhak untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap mana-mana syarikat dan/atau individu yang melanggar hak atau menyalah guna nama dan logonya.

“Mana-mana individu yang melanggar hak atau menyalah guna nama dan logo TND dalam apa jua bentuk dinasihatkan untuk segera berhenti berbuat demikian,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini semalam.

TNB turut menggesa orang ramai yang tahu tentang pelanggaran hak atau penyalahgunaan tanda dagangannya supaya memaklumkan perkara tersebut menerusi e-mel [email protected].

“TNB juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mendapatkan perkhidmatan daripada mana-mana syarikat yang mendakwa telah memperoleh persetujuan atau dilesenkan oleh TNB untuk membantu pendaftaran, pembaharuan sijil dan mengemas kini maklumat vendor menerusi laman webnya yang tidak mempunyai kebenaran www.e-tnb.com.my dan www.e-vendor.com.my.

“TNB tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau pihak lain sebagai ejen untuk melakukan proses pendaftaran, pembaharuan sijil atau kemas kini profil bagi vendor, pembekal dan kontraktor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya