Aireen dilantik anggota Lembaga Pengarah baharu MDEC - Utusan Malaysia

Aireen dilantik anggota Lembaga Pengarah baharu MDEC

Aireen Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbada­nan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan pelantikan empat Ahli Lembaga Pe­ngarah (BOD) baharu termasuk Presiden Kumpulan AirAsia (AirAsia Digital), Aireen Omar, dalam usaha meningkatkan penciptaan semula ekonomi digital negara.

Selain Aireen, MDEC me­lantik Pengasas Bersama Kecerdasan Buatan dalam Perubatan Epidemiologi, Dr. Dhesi Baha; Pengurus Besar Bagi Pasaran Asia untuk Operasi Kumpulan AXA, Farouk Peter Lee dan Pengarah Undang-Undang dan Pentadbiran AHB International Berhad, Jaleeludeen Abu Baker.

Pengerusi MDEC, Datuk Wira Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, pelantikan tersebut menunjukkan komitmen berterusan MDEC dalam memacu ekonomi digital negara pada era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), seterusnya mencapai visi Malaysia 5.0.

Beliau berkata, pelantikan itu juga bakal mengubah landskap sektor berkenaan apabila MDEC disertai oleh barisan BOD yang mempunyai kepakaran dalam teknologi digital kritikal membabitkan data, kecerdasan buatan (AI), transformasi digital, keusahawanan dan tadbir urus.

“Usaha menyatukan tokoh-tokoh industri yang berkaliber ini akan memperkuat fokus bagi memenuhi keperluan seluruh segmen masyarakat serta pada masa sama mempercepat kedudukan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Rais, rekod pemimpin – pemimpin yang diiktiraf di peringkat global itu akan memberikan kepakaran dalam sektor yang diperlukan terma­suk kepemimpinan berprestasi tinggi dan tadbir urus yang baik kepada MDEC.

Katanya, BOD baharu itu juga akan mengukuhkan usaha MDEC untuk memanfaatkan peluang pada tahap berikutnya di samping memberi manfaat kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), usahawan mikro, pekerja gig ekonomi, syarikat multinasional dan sektor awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya