Airbnb teroka masa depan pelancongan merentasi APEC - Utusan Malaysia

Airbnb teroka masa depan pelancongan merentasi APEC

Sektor pelancongan yang sebelum ini antara penyumbang utama pendapatan negara, terjejas teruk disebabkan Covid-19. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Airbnb, pengendali penginapan dalam talian bekerjasama dengan Kumpulan Kerja Pelancongan APEC, National Center for APEC (NCAPEC) meneroka masa depan dan pemulihan sektor pelancongan bagi seluruh Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Menerusi Travel Reimagined: Forum Airbnb dan APEC secara maya yang dianjurkan pada 3, 6 dan 11 November lalu, para pembuat dasar, pemimpin dan pakar industri dari pelbagai sektor ekonomi telah membincangkan keperluan industri pelancongan dalam jangka panjang. 

Ia termasuk pembukaan semula sempadan dan meneroka idea inovatif, seperti lorong hijau dan visa kerja jarak jauh untuk membolehkan industri pelancongan APEC yang lebih kompetitif pada masa depan dan merangka semula destinasi bagi mengimbangi kelangsungan hidup serta kemajuan teknologi ekonomi digital yang membolehkan pengusaha mencipta peluang baharu dan membantu perniagaan.  

Perbincangan juga difokuskan bagi mengenal pasti tonggak penting yang dicari oleh ekonomi APEC sebagai isyarat untuk membuka semula sempadan dan inisiatif utama untuk mengembalikan keyakinan pelancong. 

Airbnb juga mengeluarkan data menerusi tinjauan baru-baru ini mendapati, sebanyak 73 peratus rakyat Malaysia, 74 peratus rakyat Korea, 84 peratus rakyat Australia dan 72 peratus rakyat Thailand tidak sabar untuk melancong di dalam negara mereka. 

Sehubungan dengan itu, Naib Presiden Kanan, Dasar dan Komunikasi Global Airbnb, Chris Lehane berkata, ada keperluan untuk mewujudkan bentuk perjalanan yang sihat dan berkesinambungan yang harus difikirkan oleh semua pihak bagi industri pelancongan global pasca Covid-19.

“Kami melihat perubahan besar cara hidup dan bekerja susulan Covid-19 akan berterusan dalam jangka panjang selepas wabak ini. Oleh itu, seiring dengan  perkembangan itu, perlu ada sokongan pelancongan yang sihat dan lestari termasuk kerjasama dengan kerajaan,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Anggota Pasukan Strategik, Kementerian Pelancongan dan Sukan (Thailand), Dr. Jutamas (Jan) Wisansing berkata, sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama yang perlu diberi tumpuan semula dan memikirkan kembali peranan industri pelancongan dapat memberi manfaat kepada sektor-sektor lain.

Dalam pada itu, Ketua Urusan Awam Serantau Grab, Yew Heng Lim berkata, tumpuan penting ketika ini adalah untuk meneruskan momentum dan membantu para peniaga supaya mengoptimumkan model perniagaan mereka dengan meneroka pemasaran digital serta menguruskan inventori dengan lebih baik secara sekali gus dapat membantu pemulihan. 

Forum berkenaan dipengerusikan oleh Malaysia tahun ini, diikuti oleh New Zealand dan Thailand pada 2021 dan 2022.

Kumpulan Kerja Pelancongan APEC mengutamakan forum itu dalam Pelan Strategik mereka bagi 2020 hingga 2024 untuk mempromosikan transformasi digital di sektor pelancongan terutama pada saat-saat penting. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya