AirAsia , Turkish Airlines tingkat jaringan penerbangan pan-Asia - Utusan Malaysia

AirAsia , Turkish Airlines tingkat jaringan penerbangan pan-Asia

TONY Fernandes
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AirAsia melalui aplikasi ASEAN super app, mengumumkan kerjasama dengan Turkish Airlines untuk penerbangan antarabangsa akan datang.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata, kerjasama tersebut membolehkan airasia.com meningkatkan jaringan penerbangan pan-Asia dengan memanfaatkan destinasi komprehensif Turkish Airlines.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kerjasama itu diharapkan dapat menghasilkan sinergi antara kedua-dua belah pihak dengan tawaran diskaun hebat.

“Aplikasi tersebut bertujuan untuk menghubungkan para tetamu ke destinasi mereka dan kini kami dapat menghubungkan ASEAN ke serata dunia.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Turkish Airlines dan teruja untuk mempromosikan Turki sebagai pintu masuk utama ke Eropah,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Airlines, Bilal Eksi pula menekankan bahawa kerjasama tersebut membuatkan beliau tidak sabar untuk menyambut para penumpang.

Menurut kenyataan tersebut, airasia.com turut menawarkan produk perjalanan dan gaya hidup secara menyeluruh dengan promosi buat pelancong dari Turki dan pasaran Eropah.

Syarikat penerbangan itu menjelaskan, bagi meningkatkan permintaan perjalanan dan melengkapkan tawaran produk AirAsia, mereka akan terus bekerjasama secara kreatif dengan pemain industri lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya