Airasia Health dilancar - Utusan Malaysia

Airasia Health dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aplikasi milik AirAsia Group Berhad (AirAsia), airasia.com melancarkan platform digital pertama di ASEAN untuk perkhidmatan perubatan secara menyeluruh, Airasia Health.

Platform tersebut akan berfungsi sebagai hab digital untuk rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang melibatkan pelbagai penyedia perkhidmatan kesihatan seperti Alpha IVF & Women’s Specialists, Beverly Wilshire Medical Centre, Sunway Medical Centre dan Genesis IVF & Women’s Specialist Centre.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan berkata, Airasia Health menyedari penjagaan kesihatan adalah satu aspek penting dalam kehidupan dan mereka mahu memudahkan urusan tersebut.

“Daripada rundingan awal hingga perkhidmatan pascarawatan, kami berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan yang lancar untuk semua melalui platform Airasia Health.

“Bukan itu sahaja, Airasia Health juga menawarkan perkhidmatan perjalanan yang disokong oleh ekosistem airasia.com merangkumi perkhidmatan logistik perjalanan seperti pilihan penerbangan, penginapan dan mobiliti, seterusnya memudahkan perjalanan pelancong perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, Airasia Health akan bekerjasama dengan penyedia perubatan dan hospital termuka bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perundingan profesional, rawatan tempahan seperti pemeriksaan kesihatan, estetika serta pemeriksaan kesejahteraan dan kesuburan.

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah perkhidmatan logistik merangkumi penerbangan, penginapan, perkhidmatan sokongan visa perubatan serta peneman pesakit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya