Airasia.com Super Sale beri tawaran hebat bermula RM1.99 - Utusan Malaysia

Airasia.com Super Sale beri tawaran hebat bermula RM1.99

KESAN penuh ke atas penyata pendapatan dan kunci kira-kira Airasia X akan ditunjukkan dalam pengumuman Bursa Malaysia pada suku seterusnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelanggan setia AirAsia kini boleh menikmati tawaran hebat menerusi aplikasi airasia.com super app sempena Super Sale bermula hari ini hingga 22 November, serendah RM1.99.

Menurut AirAsia, jualan airasia.com Super Sale yang dilancarkan bulan lalu adalah untuk menggantikan jualan popular ‘Tempat Duduk Percuma’ AirAsia sebelum ini.

Syarikat penerbangan itu memberitahu, pelanggan bukan sahaja boleh menikmati tawaran hebat penerbangan tetapi juga melibatkan produk segar, barangan runcit, perkhidmatan penghantaran makanan dan gaya hidup.

Dalam masa yang sama, AirAsia memberitahu, perkhidmatan mesra Muslim serta pakej kesihatan juga tersedia dalam aplikasi tersebut dengan pelanggan boleh menggunakan ciri BigPay Checkout untuk membuat pembayaran lebih lancar untuk semua produk.

“Sepanjang tempoh jualan airasia.com Super Sale, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus daripada peniaga terpilih di airasia Fresh dengan bayaran penghantaran RM1 dan diskaun hingga 50 peratus untuk peniaga terpilih di airasia Food.

“Selain itu, pelanggan turut boleh menikmati kempen beli 1 percuma 1 untuk barangan penjagaan kulit, kosmetik, aksesori dan banyak lagi barangan terpilih di airasia Shop; diskaun 50 peratus dengan tambahan lima peratus untuk promosi tanpa had dengan kod promosi ‘SUPER5’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Promosi tersebut turut merangkumi diskaun 10 peratus untuk perkhidmatan aqiqah luar negara dan aqiqah Mekah di platform Ikhlas serta perkhidmatan estetika bermula daripada RM299 di airasia Health dan banyak lagi tawaran menarik.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan berkata, syarikat itu terus memperluas jangkauan pasaran dan mempelbagaikan rangkaian produk di rantau ini.

“Baru-baru ini, kami telah melancarkan AirAsia Unlimited Pass di Filipina, Thailand dan Indonesia serta memperkenalkan airasia Health di Malaysia iaitu sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan perubatan secara menyeluruh.

“Kami juga berusaha memperluas platform e-dagang di ASEAN melalui kerjasama strategik dengan penyedia teknologi peniaga dan pembekal perkhidmatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN