Affin Avance tawar pelbagai faedah - Utusan Malaysia

Affin Avance tawar pelbagai faedah

Pelanggan Affin Avance akan menikmati pelbagai faedah termasuk kad kredit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Affin Bank Berhad memperkenalkan segmen perancangan kewangan dan kekayaan terbaharu, Affin Avance yang menawarkan ganjaran unik kepada golongan profesional mewah dalam era teknologi masa kini. 

Menurut Affin Bank, Avance diambil daripada perkataan dalam bahasa Perancis yang bermaksud maju atau mara. 

Katanya, pelanggan baharu dan sedia ada boleh memohon Affin Avance dengan memenuhi satu daripada tiga kriteria iaitu memperolehi gaji bulanan minimum RM7,000; mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) dengan Affin pada kadar minimum RM50,000 atau melalui keahlian badan profesional. 

Affin memberitahu, pelanggan Affin Avance akan menikmati pelbagai faedah termasuk kad kredit atau kredit-i Affin Avance dengan pengecualian yuran tahunan seumur hidup; tiga kali mata ganjaran Affin Rewards untuk perbelanjaan restoran terpilih dan satu kali ganjaran Affin Rewards untuk pembelian runcit lain. 

“Selain itu, pelanggan juga akan memiliki akaun berfaedah yang turut menyediakan kad debit/debit-i visa di mana pelanggan boleh menikmati kadar faedah yang unik sehingga 1.25 peratus setahun. 

“Affin Avance turut menawarkan perkhidmatan perunding kewangan peribadi untuk perundingan kewangan, kemas kini pasaran dan penawaran produk di samping tawaran diskaun eksklusif daripada rakan niaga Affin Bank serta pelbagai lain faedah sampingan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, kebanyakan pelanggan segmen berkenaan adalah dalam kalangan generasi muda yang lebih mengetahui arah aliran antarabangsa masa kini. 

“Pelanggan generasi muda juga lebih berkemahiran teknologi digital, tingkah laku dan pendapat yang sangat berpengaruh untuk pasaran semasa. 

“Semakin ramai dalam kalangan segmen ini berkesedaran tinggi akan kepentingan perancangan kewangan dan persaraan, inilah masa yang tepat untuk memperkenalkan Affin Avance dalam memenuhi keperluan kewangan mereka serta menjadikan perancangan persaraan lebih mudah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN