AAX enggan bayar PSC - Utusan Malaysia

AAX enggan bayar PSC

KESAN penuh ke atas penyata pendapatan dan kunci kira-kira Airasia X akan ditunjukkan dalam pengumuman Bursa Malaysia pada suku seterusnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AirAsia X (AAX) enggan melunaskan bayaran RM78 juta untuk caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang dituntut Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MASSB).

AAX menegaskan, walaupun pihaknya mengiktiraf MASSB sebagai pemiutang utama, syarikat itu tidak akan melunaskan bayaran PSC kerana menganggap ia menyalahi proses mahkamah.

“Isu keabsahan skim PSC adalah subjek dalam litigasi yang masih tertangguh dan perbicaraan selanjutnya dijadualkan pada 24 Mac 2021. Kependuaan tindakan mahkamah adalah salah guna proses mahkamah.

“Ini akan terus menjadi perbalahan antara pihak yang terlibat namun waktu ia dibangkitkan kelihatan oportunistik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

AAX turut mendakwa, tuntutan mendadak MASSB terhadap bayaran tersebut menghalang proses penstrukturannya dan AAX bimbang ia menjadi percubaan untuk memperoleh layanan istimewa serta kelebihan yang tidak adil dan tidak mengikut lunas undang-undang berbanding pemiutang lain, termasuk ribuan penumpang yang terkesan.

“Namun begitu, semua yang dituntut tetap dimasukkan sepenuhnya dalam Kelas A. Skim itu akan berada sebaris dengan semua pemiutang dan tidak akan memberikan apa-apa layanan istimewa untuk MASSB,” katanya.

Kelas A bermaksud hutang-hutang MASSB akan diberi keutamaan oleh AAX, apabila syarikat itu membahagikan hutang-hutangnya kepada dua kategori iaitu Kelas A dan B.

AAX turut menegaskan, tidak ada sebarang jenayah pecah amanah (CBT) yang berlaku dalam isu AAX tidak mengutip PSC.

“Selain tindakan tersebut bersifat semberono dan menyakitkan hati, ia juga bersifat intimidasi dan bertentangan dengan niat yang dinyatakan MASSB iaitu cuba mencari penyelesaian untuk terus maju ke hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya