- Utusan Malaysia
Presiden Donald Trump dan bakal Presiden, Joe Bidin dalam satu sesi perdebatan membabitkan pelbagai isu di negara itu semasa kempen pemilihan baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: JPMorgan Chase & Co menganggap tindakan ahli politik Amerika Syarikat (AS) yang tidak mahu meluluskan pakej rangsangan baharu untuk membantu rakyat yang dalam kesukaran akibat pandemik Covid-19 sebagai kebudak-budakan.

Ketua Eksekutifnya, Jamie Dimon berkata demikian merujuk kepada kegagalan Demokrat dan Republikan mencapai persetujuan tentang berapa banyak perbelanjaan tambahan yang perlu diluluskan.

“Sikap seperti budak-budak ini memang sebahagian daripada ahli politik kita,” katanya dalam persidangan New York Times kelmarin.

Jamie Dimon

Menurut Dimon, kedua-dua parti tersebut sepatutnya mengetepikan perbezaan tentang jumlah yang mahu disalurkan kepada bantuan itu.
“Selesaikan sahaja,” katanya yang menolak untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Isu tersebut timbul sekali lagi di Kongres kelmarin, apabila pemimpin Senat dari Demokratik, Chuck Schumer berkata, beliau dan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi secara formal menjemput Ketua Majoriti Senat, Mitch McConnell dan Ahli Senat lain daripada Republikan untuk perbincangan tentang penggubalan bantuan.

Sebelum itu, McConnell berkata, Kongres sepatutnya cuba mencari persetujuan tentang item yang diperdebatkan.

Namun, beliau menyalahkan Demokrat kerana menghalang usaha awal Ahli Senat Repulikan untuk meluluskan pakej perbelanjaan sehingga AS$500 bilion (RM2.048 trilion).

Bagi Demokrat, perbelanjaan itu tidak mencukupi.

Selain itu, Dimon turut membangkitkan isu cukai yang pada pandangan beliau, perlu ditingkatkan untuk perbelanjaan rangsangan namun mengingatkan peningkatan itu perlu dilakukan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

“Cukai pendapatan saya lebih sedikit, itu tidak akan menjejaskan pertumbuhan.

“Kita perlu mempunyai sistem percukaian antarabangsa yang kompetitif untuk perniagaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN