Vios, Yaris dan hilux paling laris - Utusan Malaysia

Vios, Yaris dan hilux paling laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Toyota Vios, Yaris dan Hilux menjadi penyum­bang utama penjualan UMW Toyota Motor (UMWT) yang mencatatkan jualan seba­nyak 5,605 unit pada September.

Secara keseluruhannya pada suku ketiga tahun ini, UMWT berjaya menjual 18,870 unit berbanding 16,628 pada suku sama tahun lalu.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan tertinggi dalam sejarahnya dengan jualan berdaftar 25,035 unit pada September, peningkatan 10.8 peratus daripada 22,604 unit yang dijual pada Ogos.

Ini menjadikan jumlah jualan Perodua pada suku ketiga tahun ini adalah 70,842 unit, mening­kat sehingga 24.3 peratus berbanding suku sama tahun lalu.

Pemangku Presiden dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad (UMW), Azmin Che Yusoff berkata, pengecualian cukai jualan yang berkuat kuasa bermula 15 Jun sehingga 31 Disember ini membantu me­ningkatkan jualan mereka pada suku ketiga tahun ini.

“Penjualan yang dicapai oleh UMWT dan Perodua pada suku ketiga tahun ini adalah memberangsangkan walaupun de­ngan persekitaran pasaran yang mencabar di­sebabkan oleh wabak Covid-19.

“Kami juga berterima kasih kepada kerajaan dalam memperkenalkan pakej rangsa­ngan ekonomi dan menerapkan pengecualian cukai penjualan untuk meningkatkan industri automotif di Malaysia. Kami yakin bahawa momentum penjualan yang menjaminkan akan berterusan sehingga akhir tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jualan memberangsangkan untuk UMWT dan Perodua menjadikan segmen automotif UMW mencatatkan penjualan yang lebih tinggi pada suku ketiga 2020.

Bahagian pasaran automotif UMW mencapai rekod tertinggi sebanyak 53.7 peratus pada Ogos, jauh lebih tinggi berban­ding 51.4 peratus yang dicatatkan pada 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya