KUALA LUMPUR: TIME dotCom Berhad (TIME) tersenarai sebagai Penyedia Jalur Lebar Paling Konsisten di Malaysia oleh Ookla, peneraju global dalam ujian dan analisis internet.
Pencapaian itu diperoleh daripada analisis data Speedtest Intelligence oleh Ookla pada suku kedua hingga suku ketiga (Q2-Q3) 2020 yang menunjukkan TIME berusaha dalam memastikan pelanggannya mendapat perkhidmatan internet yang terbaik.
TIME dalam kenyataan memaklumkan, Ookla menggunakan metrik Consistency Score untuk mengenal pasti penyediaan internet yang konsisten.
“Metrik tersebut menunjukkan kelajuan minimum muat turun adalah 25Mbps (kelajuan yang disyorkan untuk streaming dalam 4K) manakala kelajuan muat naik minimum 3Mbps,” katanya.
TIME bukan sahaja secara konsisten memberikan penanda aras global, kelajuan muat turun dan muat naiknya juga melebihi, terutama di Kuala Lumpur, Selangor, dan Pulau Pinang.
Tambahnya, Ookla merekodkan pencapaian TIME yang cemerlang dalam rangkaian 100 peratus fiber optik.
Pada 2018 dan 2019, TIME turut diiktiraf mencapai ‘ping’ terendah daripada 85ms, 0 peratus ‘Packet Loss’ serta latency oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam Laporan Prestasi Rangkaian mereka.
Ketua Pegawai Teknologi TIME, Ang Thing Jiun berkata, rekod yang dikeluarkan oleh Ookla dan SKMM menunjukkan TIME memberi perkhidmatan jalur lebar yang terbaik, cepat dan lancar kepada pelanggan.
“Kami akan terus berusaha memperbaiki dan menaik taraf rangkaian untuk memastikan pelanggan mendapat kepentingan mereka dalam berhubung,” katanya.
Bagi pelanggan baharu yang berminat untuk mendaftar TIME, tawaran diskaun sehingga RM240 untuk yang melanggan pelan TIME Fiber Home Broadband 500Mbps dan 1Gbps, bermula 16 September dan 31 Oktober 2020.
Melalui langganan pelan tersebut, pelanggan juga berpeluang mendapat Sony WH-CH510 Wireless Headphones edisi terhad secara percuma.
Sementara itu, pelanggan baharu bagi pelan 100Mbps akan menikmati bulan pertama secara percuma dengan membuat pendaftaran dalam talian. – UTUSAN