Sistem percukaian mungkin diubah - Utusan Malaysia

Sistem percukaian mungkin diubah

Cadangan reformasi percukaian lain yang dicadangkan seperti pengenalan cukai karbon. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk membuat perubahan kepada sistem percukaian supaya pendapatan negara boleh ditingkatkan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, antara pilihan yang ada untuk kerajaan adalah memperluas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati.

“Kita melihat pelbagai pilihan bagi meningkatkan ekonomi tetapi yang paling penting adalah untuk mengembangkan asas pendapatan kerajaan.

“Bagaimanapun, ia perlu dilakukan pada waktu yang tepat kerana kita perlu mempertimbangkan kesannya kepada rakyat, ekonomi, kos sara hidup dan lain-lain,” katanya dalam sesi temu bual bersama Radio BFM semalam.

Sementara itu, kerajaan akan mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara -5.5 peratus dan -3.5 peratus tahun ini.

Tengku Zafrul berkata, unjuran tersebut tidak diturunkan walaupun negara sedang menghadapi gelombang terbaharu Covid-19 kerana keadaan masih terkawal dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan.

“Gelombang ini sangat tertumpu. Jika dilihat pada angkanya, lebih 60 peratus berlaku dalam kawasan tertutup, dalam penjara. Tiada rebakan yang luas dan tiada PKP, ekonomi tidak ditutup.

“Malah, apabila kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco), aktiviti ekonomi masih dibenarkan. Tiada impak pada ekonomi, maka angka (unjuran) masih kekal,” katanya.

Bank Dunia baru-baru ini  menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun ini kepada -4.9 peratus, lebih rendah berbanding unjuran awal sebanyak -3.1 peratus.

Ini berikutan penguncupan yang lebih ketara pada suku kedua tahun ini dan pemulihan ekonomi dunia yang bergerak perlahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya