Prospek industri penerbangan lebih buruk – Airbus - Utusan Malaysia

Prospek industri penerbangan lebih buruk – Airbus

Penularan Covid-19 terus mengancam industri penerbangan global dengan banyak syarikat memberhentikan pekerja untuk mengurangkan kos. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Prospek industri penerbangan kembali pulih semakin merudum ke tahap lebih buruk ekoran peningkatan semula jangkitan Covid-19 di samping sekatan perjalanan yang dilakukan.

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Operasi Airbus, Michael Schoellhorn dalam temu bual dengan akhbar perniagaan Handelsblatt, Sabtu lalu.

Disebabkan perjalanan udara tidak dapat beroperasi pada tahap biasa akibat sekatan perjalanan dan ketakutan pelancong kerana Covid-19, penghantaran pesawat baharu kepada syarikat penerbangan juga telah terbantut.

Dalam masa yang sama, Airbus turut terpaksa memberhentikan 15,000 pekerja di seluruh dunia.

Menurut Schoellhorn, keadaan semasa pada awal musim luruh adalah lebih buruk daripada jangkaan syarikat pada musim panas.

Beliau berkata, rancangan untuk memberhentikan 15,000 pekerja itu juga mungkin pelan minimum bagi menampung kos.

Oleh kerana beberapa kilang Airbus sudah tidak digunakan sebelum penularan pandemik itu lagi, ramai pekerja bimbang pihak pengurusan memutuskan untuk menutup seluruh lokasi.

Namun begitu, Schoellhorn berkata, langkah berkenaan mungkin tidak akan dilakukan bagi kilang di Jerman.

“Saya tidak melihat kilang di Jerman berisiko pada masa ini (untuk ditutup),” katanya.

Bulan lalu, Ketua Eksekutif Airbus, Guillaume Faury berkata, syarikat pembuat kapal terbang itu boleh melakukan yang terbaik untuk mengurangkan kos tanpa melibatkan pengurangan pekerja tetapi tidak menjamin perkara itu tidak akan berlaku.

Dalam surat kepada kakitangan pula, Faury berkata, Airbus mungkin terpaksa memberhentikan pekerja selepas perjalanan udara gagal pulih lebih cepat daripada jangkaan akibat Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya