Prestasi ekonomi S3 dijangka lebih baik - Utusan Malaysia

Prestasi ekonomi S3 dijangka lebih baik

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prestasi ekonomi suku ketiga tahun ini dijangka lebih baik berbanding suku kedua walaupun peningkatan semula kes Covid-19 berlaku pada akhir September lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jangkaan itu berdasarkan prestasi ekonomi negara pada Julai dan Ogos lalu.

Bagaimanapun katanya, negara kini sedang mengalami gelombang ketiga penularan Covid-19 dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Negeri tersebut menyumbang sebanyak 46.6 peratus kepada ekonomi tahun lalu dan sebarang perubahan dalam aktiviti ekonomi tersebut akan memberi kesan terhadap prestasi ekonomi negara secara keseluruhan.

“Walau bagaimanapun, PKPB bersasar dilihat sebagai pendekatan terbaik bagi mengurangkan kesan pandemik dan mendapatkan semula momentum pemulihan ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Uzir, berdasarkan perspektif ekonomi, jualan pembuatan negara pada Ogos lalu berjumlah RM118.5 bilion berbanding Julai, RM119.2 bilion.

Katanya, prestasi perdagangan barangan bagi eksport dan import merosot masing-masing sebanyak 14.5 peratus dan 2.2 peratus berbanding Julai.

Bagaimanapun, eksport pada September mencatatkan pertumbuhan tahunan memberangsangkan sebanyak 13.6 peratus.

“Pada masa yang sama, import terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan penurunan yang lebih kecil 3.6 peratus disumbangkan oleh prestasi yang lebih baik bagi barangan modal dan penggunaan,” katanya.

Mohd. Uzir memberitahu, pada suku pertama 2020, jumlah guna tenaga tidak penuh berkaitan masa meningkat dua kali ganda kepada 383,300 orang berbanding tahun lalu dan jumlah itu terus meningkat kepada 412,100 pada suku kedua.

Peningkatan disebabkan oleh perniagaan telah mengurangkan waktu beroperasi dan pelaksanaan penggiliran hari bekerja untuk memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard dalam fasa PKP.

Tambah beliau, bagi memberi kefahaman sepenuhnya situasi pasaran buruh negara, Jabatan Perangkaan sedang membuat pengukuran indikator guna tenaga tidak penuh untuk memberi gambaran tambahan mengenai pasaran buruh di negara ini.

“Salah satu indikator tersebut adalah guna tenaga tidak penuh berkaitan masa yang merujuk kepada situasi mereka yang bekerja kurang dari 30 jam seminggu tetapi bersedia dan sanggup menerima kerja dengan jam yang lebih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya