PKPB: Cawangan OCBC dibuka hingga 3 petang - Utusan Malaysia

PKPB: Cawangan OCBC dibuka hingga 3 petang

OCBC Bank akan menilai penjajaran agensi kelestarian keseluruhan Sunway REIT. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: OCBC Bank (Malaysia) Berhad bersama-sama anak syarikat perbankan Islamnya, OCBC Al-Amin Bank Berhad mengumumkan telah menyemak semula tempoh operasi cawangan bagi kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut OCBC Bank dalam kenyataan, cawangan bank tersebut di Kuala Lumpur dan Selangor hanya dibuka bermula pukul 10 pagi sehingga 3 petang dari Isnin hingga Jumaat dalam tempoh PKPB bermula hari ini sehingga 27 Oktober depan.

Bagi meminimumkan pergerakan, OCBC Bank berkata, semua mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit di cawangan tersebut akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam.

“Langkah ini adalah sejajar dengan kaedah keselamatan kakitangan bank dan juga pengguna untuk menguruskan jumlah lalu lintas di cawangan OCBC Bank,” katanya.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna OCBC Bank, Lim Wyson berkata, berdasarkan pengalaman sejak beberapa bulan lalu mendapati kebanyakan aktiviti perbankan boleh dilakukan daripada jauh dengan operasi singkat ini boleh dianggap sebagai langkah bagi terus menggunakan perbankan digital sambil mengekalkan standard keselamatan tinggi.

“Keselamatan adalah apa yang diberi tumpuan semasa PKPB. Kami berharap pelanggan sentiasa berwaspada dalam masa mencabar ini dan hanya mengunjungi cawangan di Kuala Lumpur serta Selangor hanya apabila perlu.

“Perkhidmatan perbankan digital bank akan tetap dapat diakses dan berharap pelanggan kami dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perbankan dalam talian terutamanya dengan inovasi terbaharu kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya