Peletakan jawatan Anwar Syahrin berkuat kuasa 30 Oktober - Utusan Malaysia

Peletakan jawatan Anwar Syahrin berkuat kuasa 30 Oktober

Anwar Syahrin Abdul Ajib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Bhd., Anwar Syahrin Abdul Ajib yang telah menyerahkan notis pada 9 Oktober lalu telah diputuskan berkuat kuasa 30 Oktober ini. 

UEM Sunrise dalam kenyataan juga memberitahu Anwar Syahrin turut melepaskan keanggotaannya dalam pembangunan lembaga pengarah, risiko dan tadbir urus serta jawatankuasa tender berkuat kuasa semalam, 19 Oktober. 

Pengerusi Lembaga Pengarah UEM Sunrise, Datuk Noorazman Abd. Aziz melahirkan penghargaan di atas sumbangan berkesan yang telah dicurahkan Anwar Syahrin sepanjang berkhidmat dengan syarikat itu sejak dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise pada 1 September 2014. 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Anwar Syahrin atas kepemimpinan dan sumbangan selama enam tahun ini. 

“Dalam tempoh ini, UEM Sunrise memperoleh pencapaian cemerlang dan mengekalkan kedudukan sebagai peneraju industri yang berkhidmat kepada pelanggan dan pihak berkepentingan di Malaysia, Australia dan Afrika Selatan,” katanya dalam kenyataan sama. 

Pada 9 Oktober lalu, Anwar Syahrin membuat keputusan mengejut apabila menyerahkan notis peletakan jawatan dengan alasan meneroka peluang kerjaya lain. 

Peletakan jawatan itu muncul tanpa diduga susulan cadangan penggabungan antara UEM Sunrise dengan Eco World Development Group Bhd. 

Noorazman turut memberitahu, pihak Lembaga Pengarah telah memulakan proses rasmi bagi mengenal pasti calon terbaik bagi mengisi jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu. 

Katanya, buat sementara waktu, Majlis Eksekutif Lembaga Pengarah telah diwujudkan bagi melaksanakan tugasan dan tadbir urus berkesan sewaktu tempoh peralihan. 

“Lembaga Pengarah mempunyai keyakinan menyeluruh kepada pihak pengurusan untuk menguruskan operasi harian syarikat, memastikan tiada gangguan kepada produk dan perkhidmatan terbaik seperti yang diketahui umum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya