Pekerja Proton di Shah Alam positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Pekerja Proton di Shah Alam positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Berhad (Proton) memaklumkan, seorang pekerjanya di Shah Alam, disahkan positif Covid-19 semalam.

Menurut Proton, pekerja terbabit bertugas di bahagian Penyelidikan & Pembangunan dan telah dihantar ke pusat rawatan kerajaan.

Jelasnya, pihak syarikat yang telah mengikuti semua garis panduan pencegahan dengan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kemungkinan penularan wabak tersebut.

“Aktiviti pengesanan kontak telah dimulakan dan semua rakan sekerja telah diarah untuk kuarantin diri di rumah masing-masing. Pembersihan secara mendalam dan pembasmian kuman telah dijalankan.

“Oleh kerana pekerja terlibat tidak menghadap para pelanggan, pihak syarikat yakin risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah syarikat pengeluar kereta nasional itu, sejak pandemik bermula, Proton telah mengikut semua garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Situasi ini akan dipantau secara terperinci sebelum keputusan untuk langkah-langkah seterusnya diambil. Keselamatan semua pekerja Proton, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa diutamakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya