Pasaran kewangan tidak menentu - Utusan Malaysia

Pasaran kewangan tidak menentu

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan pasaran kewangan domestik dijangka terus meningkat akibat peningkatan kes jangkitan Covid-19 di beberapa buah negara.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, sentimen pelabur juga akan lebih berhati-hati terhadap pendapatan korporat yang lebih lemah daripada jangkaan serta peningkatan ketegangan perdagangan.

Dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan – Separuh Pertama 2020 yang dikeluarkan semalam, BNM merumuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani penyebaran jangkitan Covid-19 bermula Mac lalu telah meningkatkan tahap tekanan pasaran domestik pada separuh pertama 2020.

“Campur tangan polisi oleh BNM bertujuan untuk mengekalkan keteraturan dalam tukaran mata wang asing, bon dan pasaran wang dalam tempoh ini, dengan situasi semakin normal menjelang penghujung separuh pertama 2020.

“Operasi pasaran terbuka BNM, termasuk pembelian sekuriti kerajaan, membantu membendung potensi pasaran tergendala dan melicinkan ketidaktentuan berlebihan dalam pasaran bon telah membantu pemulihan pasaran dalam tempoh ketidaktentuan tinggi dan pengaliran keluar modal yang signifikan pada pemulaan kejutan Covid-19,” katanya.

Menurut BNM, aliran keluar bagi bukan pemastautin dalam pasaran ekuiti domestik berterusan setakat akhir Ogos dengan jumlah RM20.3 bilion akibat kebimbangan terhadap impak ekonomi pandemik Covid-19.

“Impak harga ekuiti bagaimanapun diimbangi penyertaan pelabur runcit domestik dalam pasaran ekuiti yang meningkat serta kenaikan kukuh dalam saham penjagaan kesihatan dan teknologi,” katanya.

Lebih penting lagi, menurut BNM, pelabur runcit mendorong nilai dan jumlah dagangan dalam bursa tempatan mengatasi pelabur institusi domestik walaupun lebih banyak aktiviti pengambilan untung terbaharu sejak Ogos telah menyebabkan beberapa pembetulan harga.

“Sementara ketidaktentuan pasaran telah berkurang berbanding kemuncaknya pada Mac, ia masih di atas paras yang diperhatikan sebelum krisis memandangkan pasaran kekal sensitif terhadap berita berkaitan Covid-19, peningkatan ketegangan perdagangan dan perkembangan politik tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya