MAHB saman AirAsia X RM78.16j - Utusan Malaysia

MAHB saman AirAsia X RM78.16j

KESAN penuh ke atas penyata pendapatan dan kunci kira-kira Airasia X akan ditunjukkan dalam pengumuman Bursa Malaysia pada suku seterusnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melalui anak syarikatnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. mengemukakan saman dan pernyataan tuntutan berjumlah RM78.16 juta kepada Air Asia X (AAX) di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, MAHB memberitahu, jumlah saman tersebut adalah jumlah caj-caj tertunggak mengikut Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Penerbangan) 2016 dan Syarat Penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Caj-caj tertunggak tersebut termasuk caj perkhidmatan penumpang, keselamatan perkhidmatan penumpang, jambatan udara, parkir pesawat, kaunter daftar masuk, pendaratan dan bayaran lewat.

Sebagaimana terkandung dalam saman sivil tersebut, plaintif turut memohon perintah bahawa plaintif mempunyai hak untuk menggunakan harta benda defendan, hanya akan terbatal apabila defendan membayar penuh jumlah yang perlu dijelaskan kepada plaintif,” katanya.

Harta pengguna didefinisikan dalam syarat penggunaan sebagai apa-apa pesawat, bahagian, aksesori, kenderaan, peralatan atau apa-apa harta yang di bawah kawalan defendan atau mana-mana pe­ngendali yang dilantik defen­dan.

“Lembaga Pengarah syarikat berpendapat Malaysia Airports (Sepang) perlu mengemukakan tuntutan ini untuk kepentingannya.

“Tuntutan ini dijangka tidak akan memberi apa-apa impak material kepada kedudukan operasi syarikat,” katanya.

Bagaimanapun, tuntutan tersebut dijangka akan memberi tamparan hebat kepada AAX yang mengumumkan akan menstruktur semula kira-kira RM63.5 bilion hutang dan mengurangkan 90 peratus modal syarikat bagi memastikan mereka terus beroperasi.

Sementara itu, sumber Air­Asia berkata, tiada sebarang ulasan diberikan buat masa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya