KLIA kekal hab pengedaran serantau - Utusan Malaysia

KLIA kekal hab pengedaran serantau

kLIA terus menarik minat syarikat penerbangan komersial dan kargo menjadikan lapangan terbang itu antara hab destinasi mereka. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mengekalkan jumlah pesawat kargo yang beroperasi di lapangan terbang itu sejak 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, perkembangan itu meletakkan KLIA antara hab pengedaran utama di rantau ini.

“Terdapat 21 pesawat kargo di KLIA termasuk penerba­ngan carter. Walaupun terdapat penu­runan kapasiti pada Mac dan April disebabkan pengura­ngan kargo pesawat penumbang, ia diganti dengan segera oleh pesawat kargo penuh. Ini membuktikan KLIA kekal sebagai hab penerbangan serantau.

“Dengan pengoperasian hab e-fulfillment di KLIA Aeropolis – kerjasama antara MAHB de­ngan unit logistik Alibaba, Cainiao – ia akan terus mengekalkan kedudukan KLIA sebagai hab pengedaran serantau,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pesawat kargo, Pos Asia Cargo Express baru-baru ini memperkenalkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Sibu yang beroperasi enam kali seminggu menggunakan pesawat B737-400F.

Operasi kargo di Malaysia juga kekal stabil sepanjang tahun walaupun pergerakan pesawat penumpang jatuh dengan signifikan.

Sementara itu, KLIA terus menyaksikan peningkatan jumlah penumpang dan pergerakan trafik dengan peningkatan seba­nyak 19 peratus pada September berban­ding Ogos.

Pada September, pergerakan trafik penumpang adalah sebanyak 1.7 juta manakala pergerakan pesawat sebanyak 27,010, peningkatan 9.8 peratus berban­ding Ogos.

Langkah keselamatan berkaitan Co­vid-19 di KLIA yang berkesan juga menyum­bang kepada peningkatan keyaki­nan orang ramai terhadap perjalanan udara apabila beberapa syarikat pener­bangan meneruskan operasinya.

Ini termasuk British Airways yang menawarkan empat pe­nerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke United Kingdom (UK) dan destinasi lain; Oman Air menawarkan dua penerbangan seminggu ke Muscat manakala Ethiopian Airlines menawarkan penerbangan sekali seminggu ke Addis Ababa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya