IHPR tempatan terus momentum penurunan - Utusan Malaysia

IHPR tempatan terus momentum penurunan

DR. Mohd. Uzir Mahidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan terus mencatatkan kejatuhan selama tujuh bulan berturut-turut sejak Mac lalu.

Terbaharu, IHPR bagi September yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan semalam, jatuh sebanyak 3.9 peratus tahun ke tahun berbanding negatif 2.8 peratus yang dicatatkan pada Ogos lalu.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan itu, penurunan keseluruhan IHPR disebabkan oleh penurunan indeks perlombongan sebanyak -43.2 peratus, manakala pembuatan (-1.3 peratus) dan bekalan elektrik dan gas (-0.9 peratus).

Bagaimanapun, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan serta bekalan air masing-masing meningkat sebanyak 19.3 peratus dan satu peratus.

Mengulas prestasi tersebut, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, penurunan keseluruhan IHPR disebabkan oleh penurunan indeks perlombongan, pembuatan serta elektrik dan gas.

Beliau berkata, sebagai perbandingan, IHPR pada September turun 0.5 peratus setelah mencatatkan peningkatan sebanyak satu peratus Ogos lalu.

“Penurunan disebabkan penurunan indeks perlombongan sebanyak -9.1 peratus dan pembuatan -0.2 peratus. Walau bagaimanapun, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan; bekalan air serta bekalan elektrik dan gas masing-masing meningkat 2.5 peratus, 0.3 peratus dan 0.1 peratus.

“IHPR bagi tempoh Januari hingga September 2020 mencatatkan penurunan 2.6 peratus berbanding penurunan 2.0 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Uzir berkata, IHPR pada suku ketiga 2020 turut mencatatkan penurunan sebanyak 3.4 peratus kepada 101.2 berbanding 104.8 pada suku sama tahun sebelumnya.

“Bagi perbandingan suku tahunan, IHPR naik 1.2 peratus berbanding negatif 5 peratus peratus pada suku kedua 2020,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya