Harga X50 bermula RM79,200 - Utusan Malaysia

Harga X50 bermula RM79,200

Proton X50 menawarkan empat varian untuk memenuhi setiap keperluan pelanggan. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Berhad (Proton) secara rasminya melancarkan Proton X50, model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak keduanya, secara maya di media sosial Proton semalam, dengan menawarkan harga bermula dari RM79,200.

Proton memperkenalkan empat varian X50 iaitu 1.5 T Standard pada harga RM79,200, 1.5T Esecutive (RM84,800) manakala 1.5T Premium (RM93,200) dan 1.5T TGDi Flagship berharga RM103,300.

Keempat-empat varian yang ditawarkan bagi Semenanjung Malaysia itu merupakan harga atas jalan (OTR) termasuk subsidi cukai jualan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Sejak dibuka tempahan kepada orang ramai pada 16 September lalu, Proton X50 telah menerima lebih daripada 20,000 tempahan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, 30,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum 31 Disember ini berpeluang menerima caj buruh percuma untuk lima kali servis, manakala semua pelanggan ditawarkan pelbagai faedah sekiranya mereka mendapat insurans Proton X50 melalui Pakej Perlindungan Insurans Premium Proton.

“Kadar pembiayaan pinjaman yang rendah bermula daripada 2.22 peratus juga ditawarkan kepada semua pembeli melalui syarikat kewangan dalaman Proton iaitu, Proton Commerce Sdn. Bhd.,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pelancaran Proton X50 merupakan acara kemuncak program publisiti selama enam minggu berturut-turut yang dimulakan dengan pengeluaran unit pertama dari kilang di Tanjung Malim, yang telah siap dibina pada 2019 dengan kos RM1.2 bilion.

Roslan yakin, pe­langgan akan gembira dengan spesifikasi, harga dan pakej faedah yang ditawarkan dengan pembelian Proton X50.

“Terdapat vari­an yang sesuai dengan setiap keperluan dan perbelanjaan. Kami berharap, seperti Proton X70, SUV baharu Proton ini akan menarik ramai lagi pelanggan ke bilik pameran kami,” katanya.

Selaras dengan semua pelancaran model syarikat itu, Proton X50 dilengkapi dengan pakej komprehensif untuk meningkatkan pengalaman pemilikan termasuk jaminan jarak tempoh tanpa had lima tahun dan pakej data lima tahun yang menyediakan 1GB data percuma setiap bulan.

Proton X50 merupakan kenderaan kedua yang diusahakan bersama Proton dan rakannya Geely, bagi membolehkan syarikat bersaing dalam segmen baharu di pasaran sebagaimana Proton X70. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya