Harga MSM diunjur RM2,400-RM2,800 - Utusan Malaysia

Harga MSM diunjur RM2,400-RM2,800

Minyak dan produk sawit terus menerima permintaan tinggi di pasaran global di sebalik pelbagai kempen negatif dijalankan pihak tertentu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) bulan ini diunjurkan berada pada kadar antara RM2,400 hingga RM2,800 satu tan.

Menurut CGS-CIMB Research dalam nota kajian, harga MSM untuk bulan ini mungkin ditetapkan ekoran kebimbangan kadar inventori terhad sekiranya pengeluaran kembali pulih dalam suku keempat di Indonesia.

Dalam masa yang sama, mandat B30 juga mungkin sukar dipenuhi melangkaui tahun 2020 disebabkan kekurangan dana.

“Harga purata MSM meningkat 3.8 peratus bulan-ke-bulan dan 39 peratus berbanding tahun lalu kepada RM2,924 satu tan bulan lalu disebabkan kebimbangan tahap inventori minyak sawit rendah di Malaysia dan Indonesia.

“Output minyak sawit juga mungkin terkesan disebabkan isu melibatkan tenaga buruh di Malaysia dan juga masalah cuaca,” katanya.

Dalam pada itu, CGS-CIMB turut menganggarkan inventori MSM negara susut dua peratus bulan-ke-bulan dan 32 peratus berbanding tahun lalu pada penghujung September kepada 1.67 juta tan.

“Hasil tinjauan oleh pasukan CGS-CIMB mendapati hasil MSM negara mungkin meningkat 2.6 peratus kepada 1.91 juta tan pada September lalu dengan eksport turut naik sembilan peratus bulan-ke-bulan dan 22 peratus berbanding tahun lalu.

“Sejak 10 tahun lalu, inventori MSM telah meningkat dengan purata 6.3 peratus pada bulan September. Angka rasmi hanya akan diketahui selepas dikeluarkan Isnin depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya