Goodday sokong pemuliharaan Orang Utan - Utusan Malaysia

Goodday sokong pemuliharaan Orang Utan

Goodday memperkenalkan Orang Utana dipanggil Cik Nana sebagai ‘duta’ produk minuman susu pisang UHT keluarannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Goodday Milk terus menyokong usaha pemeliharaan spesies Orang Utan Borneo melalui kerjasamanya dengan World Wide Fund for Nature – Malaysia (WWF – Malaysia).

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, T. S. Santharuban berkata, Goodday akan sentiasa menyokong kempen yang membawa kebaikan kepada kehidupan pengguna melalui kerjasama dan pemberian ganjaran yang menarik kepada pelanggannya.

“Dengan sokongan terhadap usaha pemuliharaan oleh WWF Malaysia, kami berharap dapat memberi kesedaran kepada pelanggan dan melibatkan mereka secara aktif dalam usaha perlindungan terhadap Orang Utan Borneo,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kempen tersebut akan dijalankan bersempena pelancaran produk terbaharu Goodday iaitu Susu Pisang UHT sebelum ini.

Melalui kempen tersebut, Goodday berusaha untuk mendidik rakyat Malaysia tentang spesies orang utan dan menyebarkan kesedaran tentang usaha yang boleh diambil untuk melindungi spesies terancam itu.

Untuk itu, bungkusan Susu Pisang UHT Goodday akan dilengkapi kod QR yang boleh mengandunghi maklumat tentang usaha perlindungan terhadap Orang Utan Borneo apabila diimbas.

Pelanggan juga boleh menghantar gambar Susu Pisang UHT berserta tanda pagar #GooddaySupportsOrangUtans di media sosial sebagai tanda sokongan kepada kempen tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya