Funding Societies, TMIM tawar pembiayaan PKS - Utusan Malaysia

Funding Societies, TMIM tawar pembiayaan PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Funding Societies Malaysia (Funding Societies), platform pembiayaan rakan setara (P2P) terbesar di negara ini dan Asia Tenggara bekerjasama dengan TM Info-Media Sdn. Bhd. (TMIM), anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) menawarkan penyelesaian pembiayaan perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Funding Societies, Wong Kah Meng berkata, kerjasama itu akan menyediakan PKS akses yang lebih luas kepada penyelesaian pembiayaan digital selain membantu mengembangkan perniagaan dan memastikan kelesterian perusahaan mereka

“Ia menyediakan pilihan pembiayaan yang penting untuk PKS dan mikro sedia ada untuk menjadi batu loncatan kepada para usahawan yang baru bermula.

“Kolaborasi bersinergi ini adalah langkah penting ke arah misi Funding Societies bagi memperbaiki kelangsungan PKS dan peranan TM sebagai penggerak digital Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kah Meng berkata, PKS dan mikro berkelayakan boleh menikmati manfaat kewangan daripada Funding Societies antaranya, potongan diskaun yuran pemprosesan, kemasukan wang segera dengan kelulusan pantas dalam tempoh lima hari bekerja, tempoh yang fleksibel sehingga 18 bulan, tiada cagaran diperlukan dan keperluan dokumen yang minimum.

Katanya, kerjasama itu turut memberi peluang kepada 70,000 PKS di bawah senaraian Yellow Pages melalui kepelbagaian produk pembiayaan yang boleh diubahsuai.

Beliau berkata, pembiayaan digital dapat mengetengahkan ke­terangkuman pembiayaan, terutamanya yang memberi manfaat kepada PKS yang mungkin tercicir atau tidak mendapat bantuan daripada sumber kewangan tradisional.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TMIM, Sean Koh Chin Soon berkata, platform Yellow Pages Malaysia telah berevolusi daripada edisi cetak kepada digital dan ia merupakan cara yang tepat untuk menghubungkan PKS dengan sumber-sumber yang mereka perlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya