Firefly beroperasi S1 2021 - Utusan Malaysia

Firefly beroperasi S1 2021

Keuntungan yang dihasilkan Firefly juga tidak besar dan memberangsangkan untuk mengambil alih syarikat penerbangan gergasi seperti Malaysia Airlines Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan pelancaran operasi pesawat anak syarikatnya, Firefly Airlines (Firefly) bermula suku pertama (S1) 2021.

Firefly akan menambah sehingga 10 pesawat secara berfasa untuk penerbangan domestik, Asia Tenggara dan Asia Pasifik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Berdasarkan ramalan yang ada, penerbangan domestik dan jarak dekat adalah yang paling mendapat permintaan dalam persekitaran ini, maka secara komersialnya, wajar untuk Firefly memenuhi permintaan ini tetapi dari sebelah utara.

“Ia sejajar dengan Pelan Perniagaan Jangka Panjang (LTBP 2.0) kumpulan yang telah disusun semula untuk disesuaikan dengan persekitaran semasa serta masa hadapan selepas Covid-19, dengan fokus terhadap mengukuhkan pendapatan setiap anak syarikat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail.

Di bawah pelan itu, Firefly akan melengkapkan Malaysia Airlines (MAS) dalam memenuhi pasaran libur sementara mempelbagaikan asasnya untuk menghubungkan bandar sekunder di Malaysia ke Malaysia Timur, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Firefly akan turut mengguna pakai sumber dan bakat sedia ada daripada MAG dengan kemungkinan menggunakan pesawat MAS, Boeing 737-800.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See berkata, dunia telah berevolusi sejak dilanda pandemik Covid-19 dan sebagai syarikat penerbangan, Firefly perlu meraikan perubahan itu dan beradaptasi dengan keperluan serta kemahuan pasaran.

“Firefly bersedia menyahut cabaran itu kerana kami melihat potensi strategi dua hab ini sementara terus mengekalkan perkhidmatan penerbangan di luar Subang Skypark, memberi khidmat kepada korporat serta penumpang libur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya