Ekonomi negara dalam trend pemulihan  - Utusan Malaysia

Ekonomi negara dalam trend pemulihan 

Ekonomi dijangka akan pulih secara berperingkat memandangkan sentimen masih lemah berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia terus berada dalam trend pemulihan berdasarkan kepada indeks pelopor (IP) yang merupakan alat digunakan untuk menjangka kenaikan dan penurunan dalam ekonomi. 

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, IP negara bagi bulan Ogos 2020 mencatatkan 108.5 mata berbanding 100.8 mata untuk bulan sama tahun lalu sekali gus mengekalkan pertumbuhan tahunan sebanyak 7.6 peratus. 

Katanya, berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, IP merosot kepada negatif 0.5 peratus yang disebabkan oleh bilangan syarikat baharu didaftar menguncup 0.6 peratus, import benar semi konduktor (-0.4 peratus) dan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (-0.1 peratus). 

Beliau berkata, walaupun IP perlahan pada bulan Ogos, kadar pertumbuhan terlicin IP adalah konsisten di atas trend dan bergerak ke hadapan sekali gus menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia dijangka terus dalam trend pemulihan pada bulan-bulan hadapan. 

“Indeks serentak (IS) yang mengukur prestasi ekonomi semasa menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih baik untuk mencatatkan -2.3 peratus daripada -2.4 peratus pada Julai 2020. 

“Berasaskan bulanan, IS meningkat kepada 0.5 peratus disokong oleh peningkatan dalam indeks kuantiti perdagangan runcit (0.5 peratus) dan gaji serta upah benar di sektor pembuatan (0.1 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd. Uzir berkata, keadaan semasa disokong oleh prestasi indeks volum perdagangan borong dan runcit turut menggambarkan tanda pemulihan untuk mencatatkan 130 mata dengan pertumbuhan negatif 2.4 peratus tahun ke tahun. 

“Ini merupakan pertumbuhan negatif terkecil sejak Mac 2020. Selain itu, dari segi statistik tenaga buruh, jumlah penduduk bekerja meningkat 0.5 peratus kepada 15.2 juta orang disumbangkan terutamanya dalam sektor perkhidmatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya