Belanjawan 2021: Kerajaan guna pendekatan selaras Prihatin, Penjana - Utusan Malaysia

Belanjawan 2021: Kerajaan guna pendekatan selaras Prihatin, Penjana

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil pendekatan yang selaras dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dalam Belanjawan 2021 yang akan diumumkan November ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan ketika ini sedang mempertimbangkan pelbagai cadangan dan akan memastikan belanjawan tersebut berpaksikan rakyat, perniagaan dan ekonomi.

“Kadar pemulihan ekonomi sekarang berada pada landasan yang betul dan saya berharap momentum pemulihan ini dapat dikekalkan dalam Belanjawan 2021.

“Ketika perjumpaan saya bersama pihak berkepentingan pelbagai industri, isu yang sering dibangkitkan adalah sokongan berterusan kerajaan buat perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memastikan ketersediaan untuk beroperasi dalam norma baharu serta menjana permintaan daripada pengguna dan pelabur bukan sahaja di dalam tetapi juga luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-24 Pelaksanaan Prihatin dan Penjana, hari ini.

Kata beliau, pelbagai perspektif dan indikator menunjukkan ekonomi negara sedang bertambah baik. Ini termasuklah dari segi penurunan angka pengangguran, peningkatan indeks perdagangan runcit dan borong, peningkatan pelaburan asing langsung serta peningkatan produktiviti dalam industri pembuatan dan pembinaan.

Tambah beliau lagi, antara faktor yang menyumbang kepada pemulihan ekonomi adalah pelaksanaan bantuan dan langkah di bawa Prihatin dan Penjana selain kepatuhan rakyat Malaysia dan peniaga yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sesungguhnya, kerajaan amat serius dalam mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pada 2020 dan melonjakkannya pada 2021,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya