Bayar seperti biasa – Bank Rakyat - Utusan Malaysia

Bayar seperti biasa – Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menasihatkan pelanggannya bersedia menguruskan pembiayaan mereka seperti biasa selepas tempoh moratorium automatik tamat pada 30 September lalu.

Menurut Bank Rakyat, adalah penting bagi mereka membuat persiapan terutama yang membuat potongan gaji secara automatik bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Pelanggan yang melakukan potongan gaji terutamanya menerusi Biro Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), bayaran pembiayaan bermula Oktober ini sekiranya mereka tidak layak menerima lanjutan morato­rium atau bantuan bersasar yang ditawarkan bank,” kata­nya dalam kenyataan.

Tambahnya, tiada poto­ngan ansuran bulanan yang dikenakan dari April hingga September kepada pelanggan yang menerima moratorium automatik.

Bagi pelanggan yang tidak mengambil moratorium atau membuat pembiayaan baharu selepas tempoh moratorium automatik berkuat kuasa pada April lalu, potongan gaji mereka berjalan seperti biasa.

Tambahnya, pelanggan yang masih mengalami kekeliruan atau terdapat sebarang masalah berkaitan pembia­yaan pasca moratorium, boleh segera ke cawangan Bank Rakyat atau menghubungi Pusat Panggilan di talian 13000800800.

Pelanggan turut disaran melayari laman web Bank Rakyat ddi www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat melalui Facebook, Instagram dan Twitter untuk maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya