Asia Pasifik kuasai 40% pesawat komersial - Utusan Malaysia

Asia Pasifik kuasai 40% pesawat komersial

Boeing menjangkakan Asia akan terus memperluas pegangan pasaran bagi kapal terbang dunia sehingga mencecah hampir 40 peratus berbanding kira-kira 30 peratus pada 2019. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Pasaran rantau Asia Pasifik diunjur bakal memperluas penguasaan pesawat komersial dunia sehingga 40 peratus dalam tempoh dua dekad akan datang.

Menurut laporan agensi berita Xinhua yang memetik Prospek Pasaran Komersial Boeing 2020, syarikat pembuat kapal terbang itu turut meramalkan pertumbuhan penumpang bagi pasaran perkhidmatan dan kapal terbang komersial bakal meningkat dengan purata empat peratus setahun sehingga 2039.

Laporan prospek itu turut menjangkakan jumlah kapal terbang seluruh dunia bakal mencecah 48,400 menjelang 2039.
Jumlah tersebut meningkat 22,500 unit berbanding 25,900 kapal terbang tahun lalu.

Dalam tempoh 20 tahun, Boeing menjangkakan Asia akan terus memperluas pegangan pasaran bagi kapal terbang dunia sehingga mencecah hampir 40 peratus berbanding kira-kira 30 peratus pada 2019.

Boeing berkata, pasaran rantau Asia Pasifik yang terbahagi kepada lima pasaran merangkumi China, Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Timur Laut dan Oceania memerlukan 17,485 kapal terbang baharu dalam tempoh 20 tahun lagi.

Syarikat penerbangan di China memerlukan 8,600 kapal terbang baharu menjelang 2039 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 9,360 kapal terbang sekali gus menjadi pasaran kedua terbesar selepas Amerika Utara.

Prospek itu turut menganggarkan peningkatan penghantaran kapal terbang baharu bagi menggantikan kapal terbang lama terutama dalam tempoh 10 tahun akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya