AS langgar peraturan WTO – China - Utusan Malaysia

AS langgar peraturan WTO – China

BYTEDANCE INDIA dilarang mengeluarkan dana dari akaun bank yang terkait dengan nombor pengenalan cukainya. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Sekatan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) terhadap aplikasi mudah alih buatan China iaitu TikTok dan WeChat didakwa sebagai melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Terdahulu, pentadbiran Presiden AS, Donald Trump telah mengarahkan sekatan muat turun terhadap dua aplikasi mudah alih tersebut.

Dalam masa yang sama, Trump turut memerintahkan pemilik TikTok iaitu ByteDance menjual operasinya di AS kepada syarikat negara itu atas alasan keselamatan negara.

Namun, hakim AS telah mempersoalkan tindakan kerajaan dan menarik balik sekatan terhadap muat turun berkenaan.

Wakil China yang tidak mahu dikenali dalam pertemuan tertutup dengan WTO Jumaat lalu berkata, langkah yang dilaksanakan AS jelas tidak selari dengan peraturan WTO apabila ia menyekat perkhidmatan perdagangan rentas sempadan dan melanggar prinsip serta objektif asas sistem perdagangan multilateral.

Pegawai itu berkata kegagalan AS memberikan bukti kukuh mengenai tindakannya adalah penyalahgunaan peraturan yang jelas.

Dalam pertemuan sama, AS mempertahankan langkah tersebut dengan mengatakan tindakan itu adalah untuk mengurangkan risiko keselamatan negara.

Kerajaan sebelum ini mengatakan data pengguna AS telah dapat diakses oleh kerajaan China.

Walau bagaimanapun, wakil pejabat Perdagangan AS tidak memberikan komen lanjut mengenai isu tersebut.

Seorang pegawai China yang hadir ke WTO juga tidak memberikan maklum balas apabila diminta memberikan komen lanjut.

Kenyataan yang dikeluarkan China itu tidak akan memberikan apa-apa kesan walaupun negara berkenaan boleh membuat aduan rasmi mengenai hal tersebut kepada WTO. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya