KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd. mengumumkan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah menyerahkan notis peletakan jawatan hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UEM Sunrise berkata, Anwar Syahrin meletakkan jawatan bagi meneroka peluang kerjaya lain.
Menurut UEM Sunrise, Lembaga Pengarah akan mempertimbangkan tarikh kuat kuasa peletakan jawatan Anwar Syahrin. – UTUSAN