Aliran keluar asing berkurangan - Utusan Malaysia

Aliran keluar asing berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aliran keluar bersih asing berkurangan kepada hanya RM28.38 juta minggu lalu selepas merekodkan penjualan sebanyak RM543.91 juta minggu sebelumnya.

MIDF Research dalam nota kajian memberitahu, peruncit dan pelabur asing menjadi penjual bersih ekuiti tempatan dengan peruncit mencatatkan penjualan RM12.47 juta manakala hanya institusi tempatan merekodkan pembelian bersih bernilai RM40.86 juta dalam tempoh sama.

Menurut firma penyelidikan kewangan itu, jumlah yang dicatat menjadikan minggu ketiga berturut-turut institusi tempatan merekodkan pembelian dana domestik.

Katanya, apabila pasaran dibuka semula Isnin lalu, pelabur asing dan institusi tempatan masing-masing membeli sejumlah RM34.12 juta dan RM19.27 juta ekuiti tempatan dengan peruncit menjual RM53.39 juta.

“Bagaimanapun, aliran asing menyaksikan penjualan pada hari Selasa dan Rabu apabila merekodkan jualan RM66.86 juta dan RM161.56 juta didorong oleh pemberhentian perbincangan pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS) oleh Presiden Donald Trump.

“Selepas dua hari berturut-turut mencatatkan aliran keluar, pelabur asing mula kembali membeli ekuiti tempatan pada Khamis dan Jumaat dengan nilai terbesar direkodkan berjumlah RM127.33 juta,” katanya dalam nota kajian tersebut.

Setakat ini, penjualan ekuiti daripada pelabur asing di Bursa Malaysia mencecah RM22.35 bilion.

Berbanding tiga pasaran Asia Tenggara lain, Malaysia merekodkan aliran keluar asing bersih terendah manakala Thailand mencatatkan aliran keluar terbesar berbanding pasaran lain.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit mencatatkan peningkatan mingguan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 11.93 peratus menakala pelabur asing mengalami peningkatan terendah ADTV sebanyak 0.23 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya