AirAsia Jepun henti operasi? - Utusan Malaysia

AirAsia Jepun henti operasi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AirAsia Japan Co. Ltd. dilaporkan akan menamatkan operasinya selepas permintaan yang terus menurun akibat pandemik Covid-19.

“AirAsia Jepun telah memaklumkan kepada pihak berkuasa yang ia merancang untuk menamatkan operasi.

“Penerbangan tambang rendah itu yang pelabur utamanya termasuk AirAsia dan Rakuten, meneruskan operasi penerbangan pada Ogos tetapi permintaan terus lemah akibat pandemik Covid-19,” lapor Bloomberg yang turut memetik akhbar Jepun, Yomiuri.

Pada 18 September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Berhad, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan berkata, spekulasi tentang penggantungan operasi Air­Asia Jepun hanya khabar ­angin.

“Saya tidak tahu dari mana berita ini datang tetapi yang jelas, kami memang menilai semula semua operasi pada bila-bila masa.

“Kami terpaksa tunggu dan lihat tetapi setakat ini tiada apa-apa yang dirancang…ia hanya khabar angin,” katanya seperti dipetik Bernama.

Menurut The Edge, AirAsia merancang untuk menggantung semua penerbangannya bermula 1 hingga 24 Oktober akibat permintaan yang lebih rendah daripada jangkaan.

Dikatakan tiga laluan domestik yang menghubungkan pangkalan AirAsia Jepun di Chubu ke Sapporo, Sendai dan Fukuoka akan digantung.

Sementara itu, seorang jurucakap AirAsia yang dihubungi Utusan Malaysia menganggap berita penghentian operasi Air­Asia Jepun sebagai khabar angin dan spekulasi.

“Kami mempunyai polisi yang tegas berkenaan pemberian komen tentang khabar angin atau spekulasi. Setakat ini tidak ada apa-apa yang akan diumumkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya