TNB peruntuk RM10.2 juta - Utusan Malaysia

TNB peruntuk RM10.2 juta

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan kediaman kepada Jumat Aris di Kuala Lumpur. Turut hadir, Mahdzir Khalid (kiri) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (barisan belakang, dua dari kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperuntukan RM10.2 juta bagi membantu pemilikan kediaman golongan berpendapatan rendah B40 di ibu negara dalam tempoh tujuh tahun lalu.

Bantuan itu disalurkan melalui Program Mesra Rakyat (PMR) dan Projek Baiti Jannati (PBJ).

Hasil kerjasama strategik dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TNB telah meringankan beban 50 penerima PBJ dan empat penerima PMR.

Sejak dimulakan pada 2013, PMR memberi manfaat kediaman kepada 30 keluarga di Wilayah Persekutuan dengan kos RM1.26 juta, manakala PBJ membantu 228 keluarga memiliki kediaman selesa sejak dimulakan pada 2014 dengan kos lebih RM8.96 juta.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kedua-dua projek itu adalah komponen penting dalam program Tanggungjawab Korporat TNB sebagai syarikat milik kerajaan (GLC) yang prihatin dan peka terhadap masyarakat setempat.

“Ia juga sejajar dengan usaha kerajaan untuk menyediakan dan membaiki kediaman golongan yang memerlukan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pelaksanaan PBJ merangkumi usaha membaiki, membeli atau membina kediaman penerima beragama Islam terdiri daripada golongan B40 dan asnaf terpilih meliputi ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin dengan nilai sumbangan RM50,000 setiap penerima.

Dana projek diperolehi daripada wang zakat perniagaan tahunan TNB yang dikembalikan MAIWP.
Program PMR pula dilaksanakan dengan sasaran penerima B40 terdiri daripada golongan miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal dan warga emas bukan beragama Islam. Mereka turut menerima bantuan bernilai RM50,000 hasil sumbangan TNB.

“Kerjasama strategik dengan DBKL dan MAIWP bagi program PBJ bermula sejak 2016 dan ia unik kerana usaha ini membantu membiayai pembelian unit-unit rumah yang disewa oleh penerima di Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik DBKL,” jelas Mahdzir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya